Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Zurainah puas hati persiapan JR dan JR Plus wilayah persekutuan

LABUAN  –  Ketua Pergerakan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras, Dato’  Zurainah Musa berpuas hati dengan persiapan Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus bagi menggerakkan jenteranya menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

“Bagi saya persiapan JR dan JR Plus di seluruh Wilayah Persekutuan amat memuaskan setelah saya turun melihat kesemua Parlimen Tumpuan dan juga bukan tumpuan yang mana pergerakan wanita, pemuda dan puteri UMNO menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengerakkan JR dan JR Plus tersebut”, kata Zurainah.

Kata Zurainah lagi, JR dan JR Plus di seluruh Wilayah Persekutuan telah menjalankan tugas yang baik dengan turun padang berjumpa dengan para penggundi bagi melihat sokongan akar umbi terhadap pimpinan Barisan Nasional secara “man to man marking” atau lawatan rumah ke rumah.

Zurainah berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jalinan Rakyat (JR) Wanita Barisan Nasional P.166 Labuan, di Command Centre BN Kampung Pantai, disini, malam tadi.

Beliau juga memuji JR Parlimen Labuan yang hampir 99 peratus petugas JRnya keluar menjalankan tugas demi memastikan kemenangan calon BN Parlimen Labuan mendapat majoriti yang tinggi.

“ Saya mengucapkan tahniah terutama sekali pergerakan wanita BN Labuan selaku ketua JR dan juga JR Plus Pemuda dan Puteri UMNO yang menjalankan tugas tersebut dengan baik sekali walaupun kali pertama mereka melakukannya,” tambah Zurainah.

Zurainah juga menasihatkan para pengundi wanita agar bijak memilih kerajaan dengan berfikir secara fakta dan bukannya mempercayai tohmahan semata-mata apabila mengundi kelak.

Seramai 450 petugas JR Wanita BN menghadiri majlis pelancaran tersebut yang turut dihadiri oleh Calon BN P.166 Labuan, Datuk Rozman Isli serta Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Labuan, Datuk Hajah Aini Haji Safar.-Penerangan 

Calon BN P.166 Labuan, Rozman, Zurainah dan Aini merakamkan foto kenangan bersama petugas JR Wanita BN Labuan.

Komen


Berita Berkaitan