Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Zon Entilibon tekad beri saingan

Ahli Majlis Tertinggi Upko Pusat Felix Joseph Saang menyampaikan sumbangan kepada Hendrikus, turut kelihatan atlet-atlet sekolah rendah dan guru-guru yang terlibat. - foto Monica Gidong
Ahli Majlis Tertinggi Upko, Felix Joseph Saang (tengah, tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Hendrikus, turut kelihatan atlet-atlet sekolah rendah dan guru-guru yang terlibat. – foto Monica Gidong

TONGOD – Wakil sekolah-sekolah dari Zon Entilibon iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Linayukan, SK Entilibon, SK Kiranggu, SK Mananam, SK Langkabung dan SK Maliau bertekad untuk memberikan saingan sengit dalam kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daedah (MSSD) Tongod (Telupid) kategori Sekolah Rendah tahun ini.

Pengurus Kontinjen Zon Entilibon, Hendrikus Emoi berkata, pasukannya ingin mencapai kedudukan yang lebih baik daripada tahun sebelum ini iaitu apabila sekadar menduduki tempat ketiga dalam kejohanan sama pada tahun lalu.

Penganjuran kejohanan MSSD Tongod Telupid dilaksanakan setiap tahun dan dikelolakan secara bergilir gilir mengikut zon iaitu Zon Telupid, Zon Ulu Sapi, Zon Entilibon, Zon Tongod dan Zon Pinangah.

Pengelola pada tahun ini ialah Zon Tongod dan kejohanan itu diadakan di Kompleks Sukan Ranau selama dua hari, bermula semalam.

Zon Entilibon merupakan salah satu zon yg terlibat dalam kejohanan ini. Sebelum menyertai kejohanan daerah, sekolah-sekolah di Zon Entilibon telah mengadakan kejohanan diperingkat zon bagi tujuan pemilihan atlet ke kejohanan daerah. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan