Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Zizie Ezette, Bung Mokhtar bakal timang anak kembar

PELAKON Zizie Ezette berkongsi berita gembira dirinya hamil anak kembar melalui laman Instagram, hari ini.

 

KUALA LUMPUR: Pelakon Zizie Ezette berkongsi berita gembira dirinya hamil anak kembar melalui laman Instagram, hari ini.

Kakak kepada aktor popular, Shaheizy Sam itu memuatkan naik status berkenaan, kira-kira tiga jam lalu.

“Saya ingin mengumumkan bakal melahirkan anak sulung pada Disember ini atau Januari depan. Alhamdulillah, sekian lama menunggu, saya dikurniakan dua cahaya mata sekali gus.

“Doakan semoga kandungan ini selamat dan bayi berada dalam keadaan sihat.

“Sebenarnya kami ingin merahsiakannya sehingga memasuki trimester kedua, namun saya tidak dapat mengelak pasti sudah ramai dapat menghidu berita ini,” luahnya dalam status itu.

Berita gembira itu sudah lama dinantikan peminat selepas Zizie, 39, yang mengahwini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58, pada 2009.

Usia kandungan Zizie sekarang mencecah empat bulan.

Muat naik pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menerima tanda ‘like’ daripada hampir 25,000 orang diikuti lebih 1,600 komen.

Teman artis seperti Rozita Che Wan dan Daphne Iking adalah antara selebriti yang mengucapkan tahniah di ruang komen status berkenaan.

Ketika ini, Zizie memiliki anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun enam bulan. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan