Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Zika: Saringan Kesihatan, Kawalan Vektor Di Pintu Masuk Antarabangsa Di Sabah

7:45pm 03/09/2016 Pak Roshan 351 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

14184473_10153748218717031_1802452431292492114_n

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Sabah menjalankan saringan kesihatan dan kawalan vektor di semua pintu masuk antarabangsanya sebagai langkah mencegah dan mengawal penularan virus Zika ke Sabah.

Pengarahnya Dr Christina Rundi berkata klinik dan hospital juga diarah meningkatkan pemantauan bagi kes-kes yang mempunyai tanda-tanda jangkitan Zika dan sejarah perjalanan ke negara yang melaporkan penularan virus itu.

“Selain itu, pemantauan kes ‘microcephaly’ turut ditingkatkan di setiap hospital termasuk mengeluarkan amaran kesihatan kepada semua fasiliti Kesihatan kerajaan dan swasta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari Sabtu.

Beliau berkata semua pelawat dari negara yang melaporkan penularan Zika semasa serta rakyat Malaysia yang pulang dari negara terbabit supaya melaporkan diri ke Pusat Kuarantin Kesihatan atau Pejabat Kesihatan jika mengalami demam dan ruam semasa tiba di Sabah.

“Kami mengedarkan Nasihat Kesihatan kepada pelancong dan rakyat Sabah mengenai langkah-langkah yang perlu diambil jika mengalami gejala sedemikian,” katanya sambil menasihatkan wanita mengandung supaya tidak melakukan lawatan ke negara terlibat.

Dr Christina berkata Jabatan Kesihatan turut mengingatkan rakyat Sabah yang melakukan perjalanan ke negara terbabit Zika supaya mengambil langkah pencegahan daripada digigit nyamuk Aedes selain memakai pakaian menutup anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan (repelen) secara tetap.

“Nyamuk (Aedes) adalah pembawa denggi…jika virus Zika masuk ke Sabah, ia boleh merebak dengan cepat.

“Oleh itu, orang ramai dinasihat menghapuskan tempat pembiakan Aedes bagi menghalang penularan denggi dan Zika,” katanya.

Sementara itu, warga Sabah dari Tamparuli Zennenia Marcus Abdullah, 29, berkata setiap kejiranan perlu bekerjasama mengadakan gotong royong di kawasan perumahan agar persekitaran sentiasa bersih dan bebas daripada pembiakan Aedes.

“Kita perlu memastikan tiada air bertakung dan menggunakan abate iaitu ubat pencegahan pembiakan nyamuk selain memasang racun nyamuk di rumah dan memakai kelambu ketika tidur,” katanya kepada Bernama.

Pada Khamis, Malaysia mencatatkan kes virus Zika pertama apabila seorang wanita dari Klang, disahkan positif dijangkiti virus itu, selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan