Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Zika dikesan di Indonesia

9:54am 01/02/2016 Pak Roshan 12 views Global
SEORANG pekerja kesihatan menyembur sebuah bas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghalang merebaknya virus zika di Tegucigalpa, Honduras, semalam.

SEORANG pekerja kesihatan menyembur sebuah bas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghalang merebaknya virus zika di Tegucigalpa, Honduras, semalam.

Jakarta: Sebuah institut penyelidikan berkata, ia menemui satu kes positif zika di Sumatera dan berkata, virus itu sudah berada di Indonesia untuk ‘beberapa waktu.’

Kementerian Kesihatan Indonesia bagaimanapun belum lagi mengulas laporan Institut Biologi Molekular Eijkman itu.

Virus bawaan nyamuk itu mencetuskan keadaan cemas di benua Amerika dan disyaki menjadi punca kepada kerosakan teruk otak bayi baru lahir.

Menurut institut itu, seorang lelaki berusia 27 tahun di Jambi, Sumatera yang tidak pernah ke luar negara dikesan menghidap virus berkenaan.

Ia berkata, kes itu ditemui secara tidak sengaja ketika menjalankan kajian mengenai wabak denggi di wilayah itu.

“Daripada 103 spesimen negatif denggi yang diperiksa, kami temui satu kes positif zika,” kata timbalan pengarah institut, Herawati Sudoyo.

Zika dibawa oleh nyamuk aedes aegypti yang juga menyebarkan demam denggi dan virus chikungunya. Ia menghasilkan simptom seperti selesema, termasuk demam gred rendah, pening, lemah sendi dan ruam.

Menurut Herawati, spesimen itu diambil ketika merebaknya demam denggi di Jambi antara Disember 2014 dan April 2015.

Setakat ini tidak dapat diketahui bagaimana lelaki itu yang tidak pernah ke seberang laut dijangkiti virus itu.

“Kami merumuskan virus itu sudah berada di Indonesia sejak beberapa waktu lalu,” kata Herawati.

Negara paling teruk berdepan dengan virus itu ialah Brazil dengan lebih 1.5 juta kes dicatatkan sejak April lalu.

Pihak berkuasa negara itu kini menyiasat kemungkinan wujud hubungan antara zika dan lebih 3,400 kes mikrosefali – penyakit yang menyebabkan kepala dan otak mengecut dalam kalangan bayi yang dilahirkan wanita yang dijangkiti virus itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan