Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Zidane tinggalkan Real Madrid

ZINEDINE Zidane. – Foto EPA

 

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane mencipta kejutan dengan berkata, dia akan meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu beberapa hari selepas memenangi Liga Juara -Juara Eropah tiga kali berturut-turut.

“Saya memilih untuk tidak lagi menjadi jurulatih Real tahun depan,” katanya kepada wartawan. Dia juga tidak berhasrat mencari kelab baru selepas ini.

“Kelab ini berhak untuk terus menang dan perlukan perubahan,” katanya dan menurutnya lagi masanya sudah tiba.

“Selepas tiga tahun, kelab ini memerlukan sentuhan baru. Saya tak nampak diri saya untuk terus menang tahun ini. Saya tak suka kekalahan,” kata Zidane yang kontraknya tamat pada 2020.

“Saya telah memikirkan perkara ini sedalamnya dan saya tak boleh berpatah balik.

Real menewaskan Liverpool 3-1 di Kiev, Sabtu lalu menjadikan Zidane, 45, jurulatih pertama dalam sejarah menjuarai Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut.

Zidane sekarang memiliki sembilan trofi sejak menggantikan Rafael Benitez di Santiago Bernabeu pada Januari 2016. – AFP/BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan