Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ZIARAH KASIH RAMADAN PUTERI UMNO SABAH

1. Puteri UMNO Sabah dan Puteri UMNO Zon 4 bersama penghuni Pusat Jagaan Cahaya Kasih Sayang Cawangan Keningau.
Puteri UMNO Sabah dan Puteri UMNO Zon 4 bersama penghuni Pusat Jagaan Cahaya Kasih Sayang Cawangan Keningau.

Kota Kinabalu – Program Ziarah Kasih Ramadhan anjuran Puteri UMNO Sabah bersama Puteri UMNO Zon 4 di Keningau baru-baru lalu. Ianya merupakan anjuran khusus mendekati serta membantu golongan yang bernasib baik, anak yatim dan orang kurang upaya.

Menurut Ketua Puteri UMNO Sabah, Normala Rasik program tersebut ternyata memberi impak tersendiri.

Kumpulan sasar program ini terdiri daripada masyarakat yang kurang bernasib baik, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Program ini memberi maksud yang cukup baik dengan aktiviti ziarah yang melibatkan golongan ini,”katanya.

Tambahnya lagi golongan tersebut sering disisihkan dan kebanyakanya tidak menghadiri program yang dianjurkan kerana uzur.

Ujar Normala lagi, program ini mampu memberi sinar kepada golongan tersebut selain daripada bantuan yang dihulurkan.

Program ziarah ini mampu memberi impak dan juga ianya merupakan hasrat kerajaan iaitu mengeratkan hubungan antara rakyat,”ulasnya lagi.

Beliau turut berharap program seumpama ini diperbanyakkan lagi pada masa hadapan selain mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Jelas Normala yang juga Ketua Puteri UMNO Kudat, untuk menjayakan program yang sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang kurang bernasib baik itu, Puteri UMNO Sabah dan Puteri UMNO Zon 4 (Puteri UMNO Ranau, Keningau, Tenom dan Pensiangan) telah menjalankan aktiviti turun padang sambil mengenal pasti permalahan diperingkat akar umbi.

“Ini adalah program tahunan dan ia telah dimulakan sejak tiga tahun lalu dan tahun ini kami mempergiatkan Program Ziarah Kasih dan beberapa program kebajikan dan kemasyarakatan.

“Program ini bertujuan untuk menyedarkan golongan muda agar sentiasa mengingati warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan,” ujarnya.

Jelasnya penganjuran program itu juga bertujuan membantu kerajaan merealisasikan hasrat untuk mengurangkan kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat setempat.

Dalam majlis itu, Puteri UMNO Sabah dan Puteri UMNO Zon 4 telah menyumbang barangan keperluan dan wang tunai. Antara tempat-tempat yang dilawati di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Sayang Cawangan Keningau, Kg Tudan Baru, Keningau, Kg Bayangan keningau dan Kg Luagan Baru yang terdiri kanak-kanak oku, ibu tunggal muda.

Turut hadir sama dalam lawatan itu, Ketua Puteri UMNO Keningau Salbiah Suhaided, Ketua Puteri UMNO Pensiangan, Norhafizah Muhamin, Ketua Puteri UMNO Tenom Norhazrilah Latif, Ketua Puteri UMNo Ranau, Rusnah Saip, Ketua Puteri UMNO Beaufort Suzanah Jamadih dan Ketua Puteri UMNO Putatan Dahliah Md Zain.- SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan