Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Majlis CARAT ATM dan USN

6:57下午 19/08/2015 Ann Vivien 23 views Isu Semasa,Tempatan
Dato’ Kamarulzaman (lima dari kiri) bersama tetamu khas lain pada Majlis Resepsi Eksesais CARAT 2015.

Dato’ Kamarulzaman (lima dari kiri) bersama tetamu khas lain pada Majlis Resepsi Eksesais
CARAT 2015.

SANDAKAN: Markas Angkatan Bersama ATM dan Kapal Diraja (KD) Jebat telah menjadi hos bagi Majlis Resepsi Eksesais Cooperation Afloat Readiness Training (CARAT) 2015 pada Isnin lepas.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Dato’ Kamarulzaman Mohd Othman, Komander Pasukan Khas 73, Rear Admiral Charlie Williams, Timbalan Komander Skuadron Destroyer, Kapten H. B. Lee dan Komander Pangkalan Sandakan, Laksamana Pertama Dato’ Ahmad Abdullah.

CARAT 2015 merupakan Eksesais Bilateral yang diadakan setiap tahun diantara ATM dan Tentera Laut Amerika Syarikat dan ini merupakan kali pertama ia diadakan di Sandakan.

Dato’ Kamarulzaman dalam ucapannya memberitahu beliau berpuas hati dengan prestasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak dalam menjayakan Eksesais CARAT pada kali ini.

Bagi penganjuran majlis itu pula, beliau berkata ia merupakan platform yang sesuai bagi pegawai dan anggota tentera kedua-dua buah negara untuk berkongsi pengalaman dan pendapat disamping berpeluang mengenali antara satu sama lain.-AA/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan