Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Dari kiri, Kumpulan Zero (juara), Sepahtu (naib juara) dan Nabil (ketiga) bergambar bersama trofi kemenangan selepas diumumkan pemenang Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. - Foto Hasriyasyah Sabudin (BH Online)
Dari kiri, Kumpulan Zero (juara), Sepahtu (naib juara) dan Nabil (ketiga) bergambar bersama trofi kemenangan selepas diumumkan pemenang Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. – Foto Hasriyasyah Sabudin (BH Online)

KUALA LUMPUR – Kumpulan Zero muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 selepas saingan minggu terakhir di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Gandingan adik beradik Sahrif Kadil Doli Sahrif, Mohammad Syaiful dan Sharif Kunal meraih wang tunai RM500,000 dan trofi.

Mereka menewaskan empat pesaing lain dalam persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal.

Kumpulan Sepahtu yang dianggotai Jep dan Shuib menjadi naib juara dan memenangi hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Tempat ketiga dimenangi peserta solo, Nabil yang meraih wang tunai RM150,000 serta trofi.

Kumpulan Shiro pula di tempat keempat diikuti kumpulan Bocey di tempat kelima yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.

Hadiah disampaikan pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat.

Peserta diadili juri tetap, Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura serta dua juri luar iaitu Taufik Batisah dari Singapura dan Farah Quinn dari Indonesia yang mewakili 70 peratus undian manakala bakinya daripada penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). – BHarian Online

Komen


Berita Berkaitan