Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Zamani Terharu Jamal Abdillah Sudi Bantu Tinggalkan Dadah

zamani

VOKALIS kumpulan Slam, Zamani tidak menyangka permasalahan yang dihadapinya kini mendapat perhatian Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah yang sudi membantunya dalam memerangi masalah ketagihanan dadah yang dihadapinya.

Tawaran Jamal Abdillah yang sebelum ini menyuarakan hasrat untuk membantu dalam proses rawatannya disambut baik pelantun Gerimis Mengundang itu.

metd_sd_0908_32oknljamal1

Pada masa yang sama, Zamani turut meluahkan ucapan terima kasih dan amat menghargai niat Jamal yang bersimpati terhadap nasib yang menimpanya kini.

“Saya sangat hargai bantuan Datuk dan tidak sangka dia mahu tolong… nantilah selepas selesai kes saya,” katanya.

Zamani yang merupakan penyanyi terkenal era 90-an nyata terharu atas sokongan Jamal sebagai artis terkenal yang juga pernah terperangkap dengan najis dadah kerana sudi membantunya.

Zamani-Slam-Akui-Tiada-Unsur-Paksaan-Ketika-Rakaman-Video-ROTIKAYA-700x455 (1)

Sementara itu, tempoh jaminan polis terhadap Zamani yang ditahan berhubung kes dadah lapan hari lepas disambung sehingga Jumaat ini.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, telah ditahan positif dadah kira-kira pukul 12.30 tengah malam, Rabu minggu lalu.

– MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan