Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Zamani Bebas Dengan Jaminan Polis, Reman Tidak Disambung

zamani

VOKALIS kumpulan Slam, Zamani yang ditahan berkaitan kes penyalahgunaan dadah, telah dibebaskan dengan jaminan polis dan tempoh reman tidak akan disambung.

Menurut laporan sebuah akhbar, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuddin Saat mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu Zamani dibebaskan sekitar jam 9.45 pagi tadi Balai Polis Hulu Klang.

Sementara itu, abang kepada penyanyi itu difahamkan akan cuba membawa adiknya ke pusat pemulihan bagi memulihkan Zamani yang mengaku terlibat dengan najis dadah sejak 10 tahun lalu.

Selasa lalu, Zamani dan seorang wanita berusia 32 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Keramat selepas disyaki terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan