Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Zamani Bakal Terbit Single, Bersatu Semula Dengan Slam

2:23pm 19/01/2016 Pak Roshan 81 views Hiburan,Mutakhir
Zamani Slam

Zamani Slam

MUAR – Setelah hampir 12 tahun menyepi tanpa album, bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani akan tampil menemui peminat dengan lagu single gubahan seorang komposer dari negara seberang tidak lama lagi.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata beliau tidak memilih mana-mana komposer, namun secara kebetulan cita rasa peminat sekarang lebih gemar dengan lagu gubahan komposer dari Indonesia.

“Sehingga kini judul lagu belum diputuskan, ia berkisar kisah cinta tidak dibalas dan tiada kaitan dengan kisah hidup saya,” katanya pada sidang media Majlis Hi-Tea Eksklusif bersama Zamani Slam baru-baru ini.

Majlis Hi-Tea Eksklusif bersama Zamani Slam bakal diadakan di YSQuare Connexion Hall Mall di sini bagi mengisi tabung Yayasan Kanser Malaysia cawangan negeri Johor pada 26 Februari depan.

Meskipun nama komposer masih dirahsiakan, beliau yang berusia 44 tahun itu berkata single terbaharu itu bakal dipersembahkan buat pertama kali di YSQuare Connexion Hall Mall nanti.

Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang dan Syair Si Pari-pari itu berkata beliau masih berpegang dengan genre muzik yang sama iaitu melodi pop.

“Saya harap selepas ini dapat membina kembali kerjaya dalam dunia hiburan setelah lama tidak melakukan persembahan besar dan ia juga adalah sebagai hadiah kepada peminat yang masih setia,” katanya.

Penyanyi itu berkata walaupun hampir setahun tidak aktif membuat persembahan, beliau masih melakukan rutin harian membuat latihan vokal dan berbasikal bagi mengekalkan stamina dan kecergasannya.

Zamani di sidang media Majlis Hi-Tea Eksklusif bersama Zamani Slam. (Gambar: Facebook/Zamani Slam Official Fanpage)

Selain itu, beliau masih lagi berhati-hati dalam melakukan aktiviti berat kerana bimbang masalah sakit tulang belakangnya kembali berulang.

Zamani berkata beliau tidak bercadang untuk membuat pembedahan bagi merawat masalah sakit tulang belakang yang dihadapinya sejak empat tahun lalu kerana risikonya adalah tinggi.

Ditanya adakah masalah tersebut akan menggangu persembahanya nanti, Zamani berkata beliau akan melakukan persembahan yang terbaik dan ianya tidak akan mengganggu persembahanya.

Selain itu, Zamani bercadang untuk mengadakan penyatuan semula dengan anggota kumpulan Slam yang lain bagi mengembalikan nostalgia kegemilangan Slam pada era 1990-an kepada peminat.

“Jika ada rezeki Insya-Allah, tetapi perkara ini masih belum dibincangkan, namun saya yakin ahli Slam yang lain tiada masalah kerana kami masih berhubung dan masih kekal sebagai kawan rapat walaupun berjauhan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Redblue Events and Management, Aminudin Malek berkata selain daripada Zamani, persembahan di majlis amal itu akan turut diserikan oleh beberapa artis tempatan tanah air.

Bagi majlis tersebut, harga jualan meja untuk lapan orang tetamu dijual pada harga RM1,000 manakala RM130.00 bagi tiket secara individu. – BERNAMA/Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan