Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Zahid sasar undi majoriti lebih tinggi di Parlimen Kimanis

Bongawan : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sasaran undi majoriti lebih tinggi berbanding keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 di kawasan Bongawan.

Majoriti itu masing-masing 10 ribu, 7,000 dan 5,000 undi di kawasan Parlimen Kimanis, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dan DUN Membakut.

“Pada PRU yang lalu, jika DUN Membakut mendapat undi majoriti 3,499 undi, pada kali ini kita sasarkan sekurang-kurangnya mendapat majoriti 5,000.

“Bagi DUN Membakut pula, dahulu mendapat majoriti 5,730 undi dan kita sasarkan peningkatan 7,000 undi majoriti.

“Untuk Parlimen Kimanis, sebelum ini Barisan Nasional (BN) mencatatkan 5,434 undi majoriti tetapi kita mahu peningkatan sehingga 10 ribu undi,” jelas beliau.

Zahid juga berjanji jika sasaran tersebut dapat direalisasikan, beliau sendiri akan datang dalam tempoh 90 hari bermula hari ini untuk menaik taraf infrastrusktur serta membawa lebih banyak projek pembangunan di kawasan terbabit.

Dalam ucapannya berdurasi lebih kurang 40 minit pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen P.176 Kimanis itu, Zahid turut menyatakan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak menerusi semakan Perjanjian Malaysia 1963 yang sedang berjalan.

Antara yang hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Ketua Bahagian Umno Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Ketua Bahagian Umno, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Naib Ketua Umno Kimanis, Datuk Mohamad Alamin di Tapak Tamu Pekan Bongawan dekat sini, pada Isnin.

Pada majlis itu, beliau juga menyampaikan Cek Peruntukan Membaik Pulih Gereja-Gereja di kawasan berkenaan kepada Anifah.

Turut diumumkan, komitmen menaik taraf kemudahan di Dewan SMK Bongawan termasuk memasang lampu serta membina dewan baharu berhawa dingin untuk rakyat./Penerangan-

Zahid (tengah, depan) bersama para pemimpin dan rakyat di kawasan Parlimen Kimanis.

Komen


Berita Berkaitan