Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Zahid dianugerahkan Profesor Adjung Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah

6:14pm 05/03/2016 Leolerry Lajius 111 views Tempatan
Harun (kiri) dan Alwi ketika majlis menandatangani persefahaman tersebut sambil diperhatikan oleh Zahid (tengah).

Harun (kiri) dan Alwi ketika majlis menandatangani persefahaman tersebut sambil diperhatikan oleh Zahid (tengah).

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi dianugerahkan Profesor Adjung bagi Pusat Kajian Strategik dan Keselamatan Sabah (SASSREC).

Penganugerahan tersebut dibuat oleh Naib Canselor UMS Pfrosesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah ketika menyampaikan ucapan sempena Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2016 di Universiti Malaysia Sabah, pagi tadi.

Anugerah tersebut adalah diberikan kepada individu yang mempunyai kepakaran tertentu yang bukan dalam bidang akademik.

Pada majlis tersebut satu memorandum persefahaman diantara UMS dan KDN juga ditandatangani susulan jalinan kerjasama secara tidak rasmi antara kedua pihak yang telah terjalin sejak penganjuran seminar SEKAM pada tahun 2013.

Menurut Harun, perjanjian tersebut ditandatangani bertujuan untuk menjalin kerjasama khususnya dalam aspek penyelidikan mengenai persoalan jenayah, keselamatan dan ketenteraman awam di Sabah.

“Satu pendekatan yang bijaksana adalah diperlukan dalam menangani elemen kejutan keselamatan masa kini dan melalui jalinan kerjasama ini aspek keselamatan dan ketenteraman akan dapat dirungkai melalui pendekatan keselamatan holistik,”katanya.

Sementara itu, Zahid menerima dengan baik perlantikan beliau sebagai Profesor Adjung SASSREC dan berharap kajian-kajian yang akan dilakukan akan dapat memberi kefahaman kepada semua pihak.

“Melalui kajian-kajian yang dijalankan, ia bukan sahaja disampaikan melalui bidang ilmiah tetapi juga akan diterjemahkan secara praktikal,”katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Timbalan Menteri Dalam Negeri II Tuan Nasir Anak Kujat, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Dato Sri Alwi Hj. Ibrahim, Pegawai-pegawai kanan kerajaan serta kehadiran lebih seribu orang pelajar.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan