Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yus Jambu meninggal dunia

yus

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pelawak, Yus Jambu atau nama sebenar, Yussry Edoo meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang, sebentar tadi.

Sahabat rapat kepada pelawak itu, Sherry Al Hadad, berkata Yus atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital.

“Saya dimaklumkan oleh Abang Afdlin mengenai perkara itu. Dia meminta supaya kami mendoakan kesihatan Pak Yus. “Tidak lama selepas itu, kami diberitahu Pak Yus sudah tiada lagi.

Buat masa ini, hanya itu saja yang dapat yang dapat saya kongsikan.

“Saya dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menziarahi jenazah arwah,” katanya kepada BH Online. Beberapa rakan artis turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.- BH Online

Komen


Berita Berkaitan