Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

YUM mampu bantu tingkat pendapatan rakyat

Bacaan ikrar oleh semua ahli YUM.

KOTA BELUD: Yayasan Usaha Maju (YUM) mampu menjayakan usaha kerajaan dalam meningkatkan pendapatan rakyat di negeri ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata, yayasan berkenaan bukan sahaja memberi perhatian menjana pendapatan tetapi juga turut memberi perhatian kepada elemen kekeluargaan dan kemasyarakatan.

“Dengan jumlah keahlian yang ramai menjadikan YUM sebagai sebuah keluarga yang besar untuk membentuk sebuah komuniti usahawan mikro di kalangan golongan wanita tempatan.

“Sebagai sebuah keluarga yang besar, ia dapat memberi manfaat dan kelebihan dengan menghimpun bakat serta kebolehan dalam kepelbagaian pontensi diri dalam setiap keluarga untuk memajukan status dan kualiti hidup setiap keluarga ahli-ahli YUM,”​ ​ujarnya.

​​Salleh berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Hari Keluarga Ahli-Ahli Yayasan Usaha Maju Cawangan Kota Belud di sini, pagi tadi. ​

Tambah ​beliau, kemudahan pembiayaan kewangan yang bersesuaian ​selain mudah diakses oleh kumpulan sasar serta bimbingan ​​dan latihan dalam bidang ekonomi harus dipuji.

Untuk rekod, sehingga Februari 2018, YUM Kota Belud mempunyai 12,677 pinjaman semasa dengan penyerahan pinjaman sebanyak RM48.324​ ​juta. Manakala bilangan ahli sah adalah 3,854 orang dan 206 pusat aktif.

​​​​Pada majlis yang sama, Salleh turut menyampaikan Anugerah Pusat Cemerlang​ ​​​dan ​Ketua Pusat Cemerlang kepada Jubitah Darisa​ dari Pusat Mandap Baru​​; Jailin Bayuan, Pusat Kelawat; Jaindah Sidah, Pusat Sayap 1 ​​dan Jaliom Molisun ​dinobatkan sebagai penerima Usahawan Cemerlang.

Hadir sama ​ialah Pengarah Urusan Yayasan Usaha Maju, Freddy Rantau dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Norsafi Dukah./PENERANGAN-

Salleh (empat dari kanan), Freddy (tiga dari kanan) dan Norsafi (enam dari kanan) memotong kek simbolik kepada perasmian sambutan tersebut.

Komen


Berita Berkaitan