Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yu melimpah ruah

ikan yu

MUKAH: Sambutan Aidilfitri tahun ini buat tiga nelayan dari Kampung Penakub Hilir, di sini, cukup bermakna apabila mereka mendapat ‘duit raya’ kira-kira RM6,000 sehari, berikutan jumlah tangkapan luar biasa membabitkan sekumpulan ikan yu yang mencecah lebih 500 kilogram sekali tangkapan.

Nelayan Hamdan Mahden, 43, berkata, tindakan bermalam dalam perahu jenis pukat hanyut ketika penduduk kampung masih bergembira menyambut Syawal disifatkan cukup berbaloi.
“Tidak sampai lima jam berada di laut, tiba-tiba pukat ditarik kuat dan apabila diperiksa sekumpulan ikan yu terperangkap di dalamnya.

“Selepas mengutip tangkapan pertama, kami hanyutkan semula pukat selama dua jam dan kali ini tangkapan bertambah dua kali ganda daripada sebelumnya, termasuk ikan bawal putih,” katanya ketika ditemui, semalam.
Beliau yang pulang kira-kira jam 6 pagi ke muara Mukah terus memasarkan hasil tangkapan yang dijual dengan harga RM10 sekilogram untuk ikan yu dan RM20 sekilogram bagi ikan bawal putih.

Komen


Berita Berkaitan