Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

YS bantu kerajaan tingkat taraf hidup rakyat pedalaman

Sapawi (tengah) sedang menganyam tikar bersama peserta kraftangan dibawah kelolaan Yayasan Sabah di Kampung Batu Lunguyan Sook.
Sapawi (tengah) sedang menganyam tikar bersama peserta kraftangan dibawah kelolaan Yayasan Sabah di Kampung Batu Lunguyan Sook.

KENINGAU – Kumpulan Yayasan Sabah (YS) akan terus memainkan peranan bagi membantu kerajaan meningkatkan taraf kehidupan rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Pengarahnya, Datuk Sapawi Ahmad berkata, usaha itu termasuklah memperkenalkan Program Desa Cemerlang Berinovatif (PDCB) di kawasan kampung di seluruh negeri ini.

Setakat ini katanya, enam PDCB telah diwujudkan iaitu di Kampung Sinaron (Sook), Kampung Lormalong (Kunak), Kampung Sebait (Sandakan), Kampung Lambidan (Kuala Penyu), Kampung Singgaron Baru (Ranau) dan Kampung Pandasan di Kota Belud.

“PCDB diperkenalkan untuk membantu komuniti setempat agar mampu bergerak ke arah perubahan yang lebih baik sama ada dari segi sosio ekonomi atau pun pembangunan sosial masyarakat.

“Program ini juga dilaksanakan menerusi dua fasa membabitkan tumpuan kepada pengembelingan serta perluasan sumber, termasuk memenuhi kriteria yang telah digariskan untuk menjadi desa cemerlang dan berinovasi,” katanya ketika lawatan kerja ke Kampung Sinaron, di sini hari ini. – oleh Aryan de Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan