Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

YJM periksa 120,000 pesakit jantung sejak 1982

Orang ramai mengambil kesempatan membuat pemeriksaan jantung dalam perkhidmatan yang disediakan oleh YJM. - foto Kalawon Sawing
Orang ramai mengambil kesempatan membuat pemeriksaan jantung dalam kempen Jantungku Sayang anjuran YJM. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Masyarakat perlu mengetahui maklumat berkaitan tentang penyakit jantung kerana dengan cara itu dapat membantu menyedarkan mereka langkah awal pencegahan  penyakit tersebut.

Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM) Ainon Kuntom berkata, penjagaan kesihatan jantung bukan sahaja melalui amalan gaya hidup sihat semata-mata, tetapi juga bagaimana cara ia dicegah diperingkat awal.

“Sejak tahun 1982 sehingga kini YJM  telah memeriksa seramai 120,000 orang di seluruh negara berkaitan penyakit jantung,” katanya kepada pemberita dalam kempen Jantungku Sayang anjuran YJM di Dewan Tan Sri Jospeh Kurup di Sekolah Kebangsaan (SK) Sook kira-kira 30 kilometer, di sini hari ini.

Katanya, melalui program yang diadakan dengan pelbagai pengisian aktiviti kesihatan itu dapat menyalurkan maklumat berkaitan penyakit jantung yang mampu mengurangkan kadar bilangan pesakit penyakit jantung di negara ini. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan