Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yingluck tidak cadang tinggalkan Thailand

yinluckk

Bangkok: Bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra semalam berkata, dia tidak akan meninggalkan Thailand kerana mempunyai ikatan kuat dengan negara itu.

 

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Thailand yang bimbang terhadap nasibnya.

 

“Namun, saya ke luar negara untuk bercuti bersama anak lelaki saya,” katanya kepada media semalam.

 

Dia kembali ke Thailand kelmarin selepas menghabiskan masa hampir tiga minggu bercuti di Eropah.

 

Dalam percutian itu Yingluck turut bertemu abangnya, Thaksin.

 

Sebelum ini Yingluck diberi kebenaran oleh junta tentera ke luar negara, tetapi diberi tempoh sehingga kelmarin untuk pulang.

Menjelang tengah hari semalam, dia dilihat membeli-belah di sebuah pasar raya berhampiran rumahnya Kata Yingluck, dia tidak perlu melapor diri kepada Majlis Keamanan Dan Ketenteraman Awam kerana pulang sebelum tarikh yang diluluskan. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan