Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yeo turun padang pantau kebersihan kawasan pantai Tg.Lipat

8:14pm 05/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 16 views Tempatan
Yeo (kiri) bersama Pengarah Landskap Dewan Bandaraya, Walter Kenson( berdiri, tengah melakukan pemantauan di sekitar kawasan pantai Tg. Lipat, pagi tadi.

Yeo (kiri) bersama Pengarah Landskap Dewan Bandaraya, Walter Kenson( berdiri, tengah melakukan pemantauan di sekitar kawasan pantai Tg. Lipat, pagi tadi.

KOTA KINABALU- Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai memantau kawasan pantai Tg. Lipat, di sini, pagi tadi.

Pemantauan tersebut bertujuan bagi memastikan kesemua staf DBKK melaksanakan tugas yang diberi kepada mereka.

Yeo sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk menjadikan daerah ini bersih, hijau dan selesa untuk didiami semasa majlis perlantikan beliau sebagai Mayor yang lepas.

Bagi memenuhi hasrat tersebut, beliau telah menyeru kepada pegawai dan staf DBKK untuk bekerja keras dan menjadikan kebersihan itu sebagai salah satu keutamaan mereka.

Tegas beliau, Dewan bandaraya perlu memastikan kawasan pantai bersih agar masyarakat setempat dan juga pelancong dapat menikmati keindahan alam. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan