Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,657

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yeo: Kakitangan DBKK perlu bekerjasama bagi mengikis budaya “In Silo”

6:47pm 02/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 38 views Tempatan
Kunjungan hormat perbarisan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Yeo Boon Hai. Foto oleh Jimmy Tan/Sayangsabah

Mayor memeriksa perbarisan sempena Ulang Tahun Ke-16 Bandaraya Kota Kinabalu. Foto oleh Jimmy Tan/Sayangsabah

KOTA KINABALU- Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai menyeru kepada semua kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) agar dapat memberikan kerjasama antara satu sama lain bagi mengikis budaya kerja secara berasingan atau “In Silo”

Menurut Yeo, kesemua kakitangan DBKK perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi dalam melaksanakan tugas serta memberikan komitmen yang terbaik dalam tugasan harian mereka.

“Kita mesti mengutamakan budaya kerja cemerlang termasuk pengamalan budaya kerjasama sepasukan, kreativiti, inovasi dan produktiviti serta nilai cepat, tepat dan intergriti”, katanya.

Yeo berkata demikian ketika berucap sempena upacara menaikkan bendera sempena Ulang Tahun ke-16 Bandaraya Kota Kinabalu, di Padang Merdeka, disini, pagi tadi.

Disamping itu, Yeo berkata bahawa beliau akan sentiasa memperbaiki perkhidmatan untuk menjadi lebih terbaik.

“Kita perlu memantapkan dan menambah baik Standard Operating Procedure (SOP) yang berkesan termasuk meneliti semula peraturan-peraturan, prosedur dan proses kerja sedia ada”, ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Jabatan Kesihatan DBKK telah menjadi johan keseluruhan dalam pertandingan kawad Pejalan Lalu yang disertai oleh sebanyak 13 kontinjen dari pelbagai jabatan.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hjh Jainab Ahmad Ayid, Mufti Negeri Sabah, Datuk Ustaz Hj Bungsu Aziz Jaafar, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Bandaraya, DAtin Rohayah Pawzy, Timbalan Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Left. Kol Abd Razak Hj Baharin.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan