Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yeo Boon Hai rasmi menjadi Mayor Bandaraya KK

Abidin (kanan) menyerahkan nota tugas kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu yang baru, Yeo(kiri). Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah
Abidin (kanan) menyerahkan nota tugas kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu yang baru, Yeo (kiri). Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

KOTA KINABALU- Datuk Yeo Boon Hai secara rasminya menjadi Mayor Bandaraya Kota Kinabalu di sini, hari ini, menggantikan mantan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir yang telah memegang jawatan tersebut selama lima tahun.

Yeo berkata bahawa beliau akan meneruskan semua perancangan yang sedia ada dalam meneruskan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) termasuklah memperbaiki perkhidmatan pihak berkuasa tempatan bagi memenuhi kehendak rakyat.

“Masa adalah amat penting. Orang awam akan berasa tidak puas hati sekiranya perkhidmatan yang diberikan kerajaan lambat, tidak efektif dan tidak efisien”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Serah Terima Tugas Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.

Disamping itu, beliau juga berkata bahawa masalah-masalah yang dihadapi oleh DBKK seperti pembuangan sampah haram, penjaja haram, tempat letak kereta haram dan judi haram akan diberikan keutamaan.

“Di dalam penguatkuasaan keselamatan, pihak DBKK akan bekerjasama dengan pihak polis dan pihak keselamatan yang lain”, tambahnya.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Dtuk IR. Edward Yong Oui Fah, dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Pg. Hassanel Pg. Mohd Tahir. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Sesi pemakaian baju istiadat oleh mantan Mayor, Abidin (Kanan). Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah
Sesi pemakaian baju istiadat oleh mantan Mayor, Abidin (Kanan). Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan