Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yeahhh, dapat jumpa PM!

Sarosh sempat memeluk Najib, pemimpin kesayangannya.

Kota Kinabalu : Berada di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) seawal jam 1 petang dalam kalangan ribuan orang dewasa, Sarosh Manuel Voo, 6, menjadi tumpuan setiap mata yang memandang.

Pelajar Tadika Yick Nam, Inanam itu ditemani ibunya, ketika menanti ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin, bersama ratusan ahli Sahabat Setia Najib Razak N87 yang berbaris di landasan tersebut.

Menurutnya ibunya, anak bongsunya itu mengimpikan bertemu dengan pemimpin nombor satu negara sejak berusia tiga tahun.

“Sarosh tidak seperti kanak-kanak lain, dia selalu menonton berita di tv bersama-sama saya dan suami. Dari situ, dia sering melihat Datuk Seri Najib.

“Bukan setakat mengikuti perkembangan PM, dia akan memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang memburuk-burukkan Datuk Seri Najib. Baginya, PM itu adalah kawannya walaupun tidak pernah berjumpa,” jelas ibunya.

Sebaik pesawat khas Najib tiba pada 2.25 petang tadi, Sarosh kelihatan resah dek perasaan teruja untuk berjumpa pemimpin kesayangannya itu.

“Yeahhhhhh, dapat jumpa PM! Dapat jumpa, saya jumpa dia!” nadanya riang sambil menggerak-gerakkan badannya sekan menari.

Ditanya perasaannya, Sarosh berkata, Najib sangat baik terhadapnya namun bersal sedikit kesal kerana tidak sempat berswafoto./Penerangan-

Sarosh (tengah) bersama ahli-ahli Sahabat Setia Najib Razak N87 yang datang dari seluruh Sabah untuk menyambut ketibaan Najib di sini.

Komen


Berita Berkaitan