Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

YDKMM cadang buka Pusat Tahfiz Integrasi An-Nur di Sabah

KOTA KINABALU: Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) bercadang membuka Pusat Tahfiz Integrasi An-Nur di Sabah.

Menurut Pengerusi YDKMM Sabah, Sittilin Salleh berkata YDKMM yang ditubuhkan di Sabah pada tahun 2015​,​ setakat ini mempunyai seramai 39 sukarelawan dengan objektifnya iaitu membangunkan belia untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Tun sangat berminat mengenai projek ini dan YDKMM akan melakukan lebih perbincangan mengenai pendidikan dan pembangunan belia di Sabah pada masa kehadapan.

“Pusat Tahfiz Intergrasi An Nur melalui anjuran YDKMM sendiri telah berjaya membuktikan penghafalan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh ​tiga​​ bulan dengan menggunakan teknik hafazan An Nur,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada ​Yang Dipertua Negeri​ Sabah​, Tun Dr Juhar Datuk​ ​Mahirudin di Istana Negeri, pagi tadi.

M​engulas tujuan kunjungan hormat, Sittilin berkata adalah untuk memperkenalkan YDKMM serta membentangkan kertas kerja untuk membuka Pusat Tahfiz Integrasi An-Nur di Sabah. ​

Hadir sama Pengasas dan Penasihat utama YDKMM, Dr Mohd Hizul Azri Md Noor dan Pengasas bersama YDKMM, Fakhrullah Mawardi./PENERANGAN​-​

Tun Juhar (duduk tengah), Mohd Hizul (duduk kiri) ​dan Sittilin (berdiri, lima dari kiri)​bergambar kenangan ​dengan​ p​ara ​pegawai lain.

Komen


Berita Berkaitan