Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

YB Likas diingat jaga kawasan sendiri, henti cari kelemahan orang lain: Si Khiong

 

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Junz Wong wajar menumpukan perhatian kepada pembangunan rakyat di kawasan yang diwakilinya daripada asyik mencari kelemahan orang lain.

Pengerusi Gerakan Cawangan Dah Yeh Villa, Chiew Si Khiong berkata, sudah tiba masanya Junz membuktikan kredibilitinya sebagai Ahli Yang Berhormat dan berbakti kepada rakyat di kawasan beliau.

“Tindakan Junz mengkritik kredibiliti dengan menyatakan kelemahan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, dalam mengurus pelaburan dan perindustrian negeri adalah tidak benar.

“Malah, ADUN Likas itu juga perlu menghentikan perbuatannya mengaitkan Raymond  dengan pelbagai dakwaan,” katanya di sini hari ini.

Si Khiong berkata, pihaknya menegaskan agar Junz menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri mempunyai perancangan baik untuk memajukan rakyat di negeri ini dan bukan ingin mencanang kemegahan semata-mata.

Beliau menambah, rakyat mahukan pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa turun padang mendengar masalah rakyat serta berusaha menyelesaikannya, bukannya hanya berani mengkritik dan mencari kelemahan pihak lain.

“Namun YB Likas ini lebih gemar menumpukan kepada serangan peribadi kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional… lakukanlah tugas sebagai Yang Berhormat untuk menyumbangkan tenaga dan bakti kepada rakyat yang telah mengundi beliau,” ujar beliau lagi. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan