Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yazid Search Uzur Terkandas Di Brunei, Gagal Balik KL

BANDAR SERI BEGAWAN – Hasrat pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Brunei terkandas selepas dilarang daripada menaiki pesawat kerana uzur.

Isterinya, Ramlah Mat berkata, keadaan kesihatan suaminya itu merosot ketika mereka sedang menunggu pesawat untuk pulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada Isnin selepas empat hari berada di negara itu.

“Kami sudah berada di Brunei sejak Jumaat lalu berikutan suami saya secara kebetulan ada undangan untuk menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian sempena Hari Pertabalan Sultan Hassanal Bolkiah.

“Pada awalnya kesihatannya baik tapi hari terakhir dia nampak penat tetapi mengalami sesak nafas dan semput sehingga tidak dibenarkan menaiki pesawat. Dia terus dibawa ke Hospital Ripas untuk rawatan,” ujarnya.

Bercakap kepada portal mStar Online, Ramlah turut menambah bahawa suaminya diberikan rawatan dialisis bagi membuang air pada paru-paru yang menyebabkan dia menjadi semput.

Bagaimanpun katanya, keadaan semakin stabil biarpun masih berada dalam keadaan lemah.

“Selepas melakukan rawatan dialisis semalam, tekanan darah dia semakin baik dari 180 kepada 108. Tapi dia masih lemah dan tidak boleh berjalan.

“Sepatutnya sudah boleh keluar hari ini tapi pihak hospital minta buat satu lagi dialisis kerana masih ada saki baki air di paru-paru yang perlu dikeluarkan.

“Biasanya sekali dialisis mengambil masa tiga jam, mungkin selepas ini (Selasa) baru kami dibenarkan keluar dan pulang ke Malaysia,” ujar beliau dalam nada sayu.

Dalam pada itu, Ramlah turut berharap peminat dan orang ramai mendoakan kesihatan suaminya agar dapat kembali ke Malaysia segera.

Pada Julai 2015, Yazid pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah buah pinggang dan jantung. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Komen


Berita Berkaitan