Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

YAYASAN TUN JUHAR SUMBANG RM15,000 UNTUK MANGSA KEBAKARAN

Gambar SNT

BANTUAN … Isteri kepada Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin, Toh Puan Norlida R.M Jasni (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan cek berjumlah RM15,000 kepada kepada Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Azhar Matusin merangkap ADUN Karambunai yang mewakili mangsa kebakaran di pusat penempatan sementara di Dewan Cenderakasih Likas, Kota Kinabalu.

Sumbangan itu adalah daripada Yayasan Tun Juhar.

Dalam kebakaran itu seramai 783 orang membabitkan 146 keluarga telah menjadi mangsa yang sebahagiannya masih lagi berada di pusat penempatan sementara.

Azhar menasihatkan agar semua mangsa kebakaran yang masih tinggal di Dewan Cenderakasih Likas itu supaya bersabar sementara kerajaan negeri berusaha membantu mereka.

“Sumbangan serta lawatan Toh Puan ini kita lihat sedikit sebanyak akan meringankan beban mereka sekaligus menunjukkan keperihatinan pemimpin atasan melihat permasalahan mereka.

“Kita berharap wang sumbangan daripada Yayasan Tun Juhar ini akan digunakan sebaikkan mungkin sementara menunggu penempatan kekal di masa depan,” katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan