Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yayasan Suria, Cheshire Home menerima sumbangan sempena Tahun Baru Cina

8:01pm 31/01/2016 Ann Vivien 18 views Isu Semasa,Tempatan
Frankie Liew menyerahkan sumbangan kepada Raya Erom.

Frankie Liew menyerahkan sumbangan kepada Raya Erom.

KOTA KINABALU: Peniaga dan dermawan (philanthropist) Datuk Frankie Liew telah menyerahkan sumbangan amal berupakan makanan, barang keperluan harian dan peralatan eletrik untuk Yayasan 1Suria kepada Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Raya Erom  sempena menjelangnya perayaan Tahun Baru Cina di kediaman Raya di Likas, Kota Kinabalu, kelmarin.

Sumbangan itu daripada syarikat milik Frankie Liew, Jadi Johan Sdn.Bhd.

Frankie yang juga Presiden Dewan Perniagaan & Perindustrian Cina Putatan (Putatan Chinese Chambers of Commerce and Industry) dalam ucapannya berkata, sumbangan itu diberikan setiap tahun bagi membantu keperluan asrama Yayasan Kebajikan Suria.

Beliau juga menasihatkan anak-anak yang menghuni di asrama yayasan itu agar mengamalkan sikap tolong menolong dan rajin belajar.

Sementara itu, Frankie Liew dan rombongan turut melawat dan menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan, makanan dan ang pow kepada para penghuni Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Cheshire Home) di Jalan Tuaran.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan