Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

YAYASAN SABAH SOKONG AKTIVITI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

sapawi

KOTA KINABALU: Dalam usaha meningkatkan tahap kualiti berkaitan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan, Kumpulan Yayasan Sabah akan sentiasa menyokong dan bekerjasama dalam semua

aktiviti­aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Haji Ahmad berkata, penglibatan Yayasan Sabah

bukan hanya terhad kepada penganjuran seminar, tetapi yayasan tersebut juga telah mengambil

langkah proaktif dengan mewujudkan satu Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Selain itu, menurut beliau, yayasan itu juga telah menubuhkan sebuah anak syarikat yang akan

memberi fokus kepada kursus latihan dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

“Sebagai titik permulaan, Kumpulan Yayasan Sabah telah memperkenalkan Yayasan Sabah

Safety Passport yang bertujuan memastikan setiap individu yang terlibat mempunyai

pengetahuan asas mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya ketika berucap di

Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Sektor Pelancongan di Menara Tun Mustapha

di sini pada hari ini.

Sapawi berharap melalui kursus latihan berkenaan, tahap kesedaran di setiap jabatan dan

organisasi dapat ditingkatkan.

“Marilah bersama­sama menggerakkan agenda ini dengan memastikan organisasi masing-
masing mempunyai perancangan tersendiri yang bersandarkan kepada OSHA 1994,” katanya.

Mengenai penganjuran seminar tersebut, beliau berkata, ia sudah pasti dapat mengeratkan lagi

kerjasama dan persefahaman dalam pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

“Ia akan memberikan impak yang besar dalam keberkesanan perlaksanaan apa jua aktiviti dan

sekaligus dapat merealisasikan wawasan kerajaan,” katanya.

Seminar yang diadakan selama sehari itu akan menampilkan seramai enam penceramah yang

akan membentangkan kertas kerja mereka pada seminar tersebut iaitu terdiri daripada Mohd

Fairuz Mohd Rashid dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Herdiansah

Abd Karim (Jabatan Keselamatan Jalan Raya), Nevendra Singh (Persatuan Hotel Malaysia),

Mohd Fadhil Abu Bakar (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara), Mohd Ali Hindia

(Perkeso) dan Haji Hassan Haji Momong (Kumpulan Yayasan Sabah). – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR

Komen


Berita Berkaitan