Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yayasan Sabah sentiasa bantu golongan muda mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka: Maximus

9:25am 30/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 145 views Pendidikan,Tempatan

 

MAXIMUS mengibarkan kedua-dua bendera Malaysia dan Sabah bersama para peserta Program Roadshow Yayasan Sabah bersama masyarakat, dekat sini, kelmarin.

KOTA MARUDU: Yayasan Sabah telah banyak membantu golongan muda di negeri ini khususnya dalam bidang pendidikan sejak ia ditubuhkan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Menurut Maximus, program pembangunan pendidikan yang disediakan oleh Yayasan Sabah perlu dipuji.

“Saya bangga untuk mengatakan bahawa saya merupakan salah seorang produk Yayasan Sabah. Dan seperti mana-mana produk Yayasan Sabah yang lain, saya bersyukur kerana biasiswa yang diberikan kepada saya membolehkan saya untuk melakukan PhD saya,”katanya.

Beliau berkata pada majlis perasmian Roadshow Yayasan Sabah bersama masyarakat setempat, dekat sini, kelmarin.

Seramai 1,000 orang yang terdiri daripada pelajar turut hadir memeriahkan program tersebut.

Dalam masa sama, Maximus berkata Yayasan Sabah masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.

Katanya, terdapat banyak perkara boleh dilakukan seperti mengaktifkan semula asrama di kawasan luar bandar untuk mengurangkan jumlah pelajar tercicir daripada pelajaran mereka.

Selain itu, Maximus menasihati para pelajar bahawa resepi terbaik untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan adalah menetapkan sasaran yang tinggi, disiplin dan belajar secara bijak.

“Yang paling penting adalah untuk mendengar kepada guru-guru dan mentaati ibu bapa anda,”katanya.

Dalam majlis sama, dua orang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia tahun lalu, Afenyee Inggiu and Nor Fariza Marnoh masing- masing menerima RM 1,000 daripada Yayasan Sabah. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan