Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yayasan Sabah Peruntuk Lebih RM200 Juta Bantu Anak Sabah Lanjut Pelajaran

mahasiwa

KUALA LUMPUR : Lebih RM200 juta diperuntukkan Yayasan Sabah membantu pelajar-pelajar negeri itu melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata sejak penubuhan yayasan itu pada tahun 1970, peruntukan itu meliputi bantuan biasiswa dan pinjaman.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa bersama Mahasiswa-Mahasiswi IPT Sabah di ibu negara, Isnin.

Majlis berbuka puasa itu telah dilaksanakan sejak 10 tahun lepas, menjadi platform kepada siswa-siswi Sabah beramah mesra bersama pemimpin-pemimpin negeri, selain mengeratkan siratulrahim dalam kalangan mereka.

Kira-kira 1,300 anak-anak Sabah yang menuntut di 31 buah IPT tempatan hadir dalam majlis itu.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata bagi tempoh 1970 hingga 2014, pihaknya telah memberikan pinjaman pendidikan kepada 8,883 pelajar dengan peruntukan RM191 juta.

“Kami telah membelanjakan hampir RM50 juta bagi menaja 464 pelajar-pelajar cemerlang SPM di bawah Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah,” katanya.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan