Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yayasan Sabah perluas skop program kemasyarakatan

Sapawi bersama pegawai kanan kumpula Yaysan Sabah dan penduduk setempat sedang melepaskan anak ikan sempena program Tagal melibatkan Kampung Bubuk, Bungaliu, Siudon dan Pandasan.
Sapawi bersama pegawai kanan kumpula Yaysan Sabah dan penduduk setempat sedang melepaskan anak ikan sempena program Tagal melibatkan Kampung Bubuk, Bungaliu, Siudon dan Pandasan.

KOTA BELUD – Kumpulan Yayasan Sabah (YS) tidak hanya menumpukan kepada program pendidikan semata-mata, sebaliknya sebagai sebuah entiti negeri ini, skop aktiviti kumpulan itu akan diperluaskan kepada pembangunan sosioekonomi luar bandar.

Pengarahnya, Datuk Sapawi Ahmad berkata, ia sebagai langkah menyokong dan menokoktambah usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di negeri ini.

“Pembangunan pendidikan masih terus dilaksanakan tetapi pada masa yang sama pembangunan sosioekonomi khususnya di luar bandar turut ditumpukan,” katanya kepada pemberita dalam lawatan rasminya ke Program Desa Cemerlang dan Berinovasi (PDCB) Kampung Pandasan, di sini semalam.

Sapawi berkata, pelbagai usaha mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat di negeri ini bagi menyokong usaha kerajaan negeri dan Persekutuan telah dilakukan oleh organisasi berkenaan dalam tempoh empat dekad lalu.

Katanya, skop program sosioekonomi itu melibatkan tiga bidang utama iaitu intelek dan minda, sosioekonomi dan sosiobudaya.

Sapawi Ahmad beramah mesra bersama sebahagian penduduk setempat dalam program tersebut.
Sapawi Ahmad beramah mesra bersama sebahagian penduduk setempat dalam program tersebut.

Menurutnya, objektif program itu adalah untuk membangunkan kapasiti dan keupayaan modal insan menerusi penyertaan dalam kursus dan latihan kemahiran, motivasi diri, meningkatkan pendapatan melalui kegiatan ekonomi yang diceburi, memupuk kerjasama dan harmoni dalam kalangan penduduk setempat, mempromosikan semangat berdikari serta mengurangkan sikap kebergantungan kepada bantuan kerajaan.

Sapawi berkata, antara aktiviti itu termasuklah bimbingan kraftangan, pembangunan perniagaan, keusahawanan wanita, aktiviti sosiobudaya serta program berbentuk amal seperti membina rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), membina jeti, paip graviti dan sebagainya kepada golongan yang memerlukan.

Beliau menambah, PDCB yang diperkenalkan pada 2010 adalah antara usaha terbaharu organisasi itu untuk membantu dan meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri ini.

Katanya program yang selari dengan dasar transfomasi itu telah dilaksanakan di enam buah kampung iaitu Sebait dan Sungai Padas (Sandakan), Singgaron Baru (Ranau), Pandasan (Kota Belud), Sinaron dan Sook (Keningau), Lormalong (Kunak) dan Lambidan (Kuala Penyu). – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan