Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yayasan Sabah perlu berani melakukan transformasi

3:27pm 09/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 26 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Musa (empat dari kanan) merasmikan majlis pelancaran Ulang Tahun ke- 50 Yayasan Sabah, hari ini. Turut Kelihatan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, DAtuk Seri Panglima Masidi Manjun (dua dari kanan) dan Rosmawati (dua dari kiri)

Musa (empat dari kanan) merasmikan majlis pelancaran Ulang Tahun ke- 50 Yayasan Sabah, hari ini. Turut Kelihatan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, DAtuk Seri Panglima Masidi Manjun (dua dari kanan) dan Timabalan Pengarah Yayasan Sabah, Rosmawati Lasuki (dua dari kiri)

KOTA KINABALU- Warga Yayasan Sabah perlu berani melakukan transformasi dan mengutamakan kreativiti serta inovasi untuk mencapai matlamat dan harapan rakyat, kata Datuk Seri Panglima Musa Aman

Beliau yang merupakan Ketua Menteri Sabah berkata kejayaan sesebuah organisasi memerlukan sokongan semua pihak dan kepimpinan pengurusan yang cekap dan berwibawa.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Ulang Tahun ke 50 Yayasan Sabah di sini,hari ini.

Katanya, sejak ditubuhkan 50 tahun lalu, Yayasan Sabah telah membelanjakan RM1 bilion bagi membiayai pelbagai program pendidikan, kebajikan, kemudahan prasarana dan khidmat kepakaran dalam pelbagai bidang.

“Kini kita dapat melihat evolusi Yayasan Sabah dalam membantu rakyat mengikut kehendak dan situasi semasa serta tetap dikenali sebagai pemangkin perubahan,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada seluruh warga Yayasan agar sentiasa berpandangan jauh.

“Sebagai sebuah organisasi unggul di negeri ini, Yayasan Sabah dan kumpulan syarikat perlu memastikan kemajuan negeri ini dari sudut ekonomi mahupun pembangunan sosial, dinikmati oleh generasi akan datang agar ianya kekal sebagai satu organisasi yang sentiasa relevan,”ujarnya. SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan