Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yayasan Sabah membelanja hampir RM500 juta demi kebajikan pelajar

7:23pm 03/03/2016 Leolerry Lajius 145 views Tempatan
Sapawi (tengah) bersama peserta yang mengikuti bengkel sukarelawan Yayasan Sabah.-Gambar Oleh Alex Mairin

Sapawi (tengah) bersama peserta yang mengikuti bengkel sukarelawan Yayasan Sabah.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Yayasan Sabah telah membelanjakan hampir RM500 juta bagi tujuan pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan yang lain sejak ditubuhkan 50 tahun yang lalu.

Menurut pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Bin Hj. Ahmad, sehingga kini pihak Yayasan Sabah juga telah mempunyai lebih dari 10 ribu orang alumni yang telah melanjutkan pelajaran di Kolej Yayasan Sabah sejak ia di tubuhkan dan bantuan kewangan dengan pemberian biasiswa juga telah diberikan kepada mereka.

“Pemberian bantuan kepada pelajar ini juga memberikan kesan yang positif kepada pihak Yayasan Sabah kerana sebagai alumni mereka juga turut memainkan peranan dan memberikan sumbangan kepada pihak Yayasan Sabah samaada secara langsung atau tidak langsung,”katanya ketika berucap merasmikan Penutupan Bengkel Sukarelawan Yayasan Sabah di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

Sementara itu, mengulas mengenai program sukarelawan Yayasan Sabah, beliau berkata bahawa sebelum ini  pihak Yayasan Sabah juga telah mempunyai pasukan sukarelawannya namun pada majlis tersebut ia telah ditubuhkan secara formal.

“Sukarelawan Yayasan Sabah akan memainkan peranan dalam membantu masyarakat semasa berlakunya bencana alam dengan membantu mangsa-mangsa di pusat perlindungan sementara dan juga memberikan khidmat kaunseling serta akan melakukan program kesukarelawanan yang lain,”katanya.

Setakat ini seramai 151 orang peserta dari enam zon telah mendaftar sebagai sukarelawan Yayasan Sabah.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan