Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yayasan Sabah Lancar Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Pada 9 Mei

10:46am 07/05/2016 Pak Roshan 113 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

 

KOTA KINABALU : Yayasan Sabah akan melancarkan sambutan ulang tahunnya ke-50 Isnin ini di Auditorium Tun Raffae di Menara Tun Mustapha di sini.

Sambutan itu bertujuan meraikan usaha dan kejayaan yayasan itu dalam membawa perubahan serta pembangunan untuk kebaikan rakyat dan negeri Sabah.yayasan-sabah

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata objektif acara itu ialah melancarkan sambutan ulang tahun kelahiran yayasan itu selama setahun dan memberi pengiktirafan terhadap segala usaha yayasan berkenaan antaranya menyediakan kemudahan pendidikan.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata acara itu dijadualkan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

Antara acara utamanya ialah pelancaran buku ulang tahun ke-50 Yayasan Sabah, duit syiling sempena sambutan ulang tahun ke-50 yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia dan buku bertajuk ‘Sabah Crafts’.

Sapawi berkata setelah 50 tahun kewujudannya, Yayasan Sabah berjaya mencapai objektifnya dalam memberi pendidikan dan menyediakan kemudahan pembelajaran kepada rakyat Malaysia di Sabah serta melahirkan ribuan pelajar berjaya di seluruh negeri ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan