Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yayasan Sabah dan Petronas anjur Hari Terbuka ICCA 5 Jun

7:05pm 04/06/2014 Pak Roshan 17 views Kota Kinabalu,Tempatan

pic-81

 

KOTA KINABALU: Kumpulan Yayasan Sabah dan Petronas akan menganjurkan Hari Terbuka Kawasan Pemuliharaan Ngarai Imbak (ICCA) pada 5 Jun bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2014.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata objektif utama hari terbuka itu adalah untuk memperkenalkan ICCA kepada masyarakat tempatan, khususnya tentang kepentingan memelihara kelestarian alam sekitar.

Hari terbuka ICCA kali kedua ini akan diadakan di Dewan Serbaguna Telupid, kira- kira 205 kilometer dari sini. Sapawi berkata penganjur acara itu akan mengadakan beberapa aktiviti dengan kerjasama agensi kerajaan, termasuk Jabatan Penerangan, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee, yang juga anggota Parlimen Beluran, dijangka merasmikan hari terbuka itu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan