Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yayasan Sabah Berperanan Penting Tingkat Pendidikan Di Sabah

7:19pm 18/06/2016 Pak Roshan 99 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

yayasan-sabah-600x366

SANDAKAN : Yayasan Sabah (YS) memainkan peranan penting dalam meningkatkan pendidikan di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Musa yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YS, berkata pencapaian itu menjadi kejayaan penting kepada YS sejajar dengan penubuhannya sejak 50 tahun lepas.

Beliau berkata penubuhan YS adalah atas usaha bekas Ketua Menteri Sabah ketiga, Tun Mustapha Datu Harun yang sehingga kini memberi sumbangan besar dalam melahirkan modal insan berjaya dan membantu kepada pembangunan negeri ini.

“Inilah niat baik kerajaan Sabah ketika itu, menubuhkan YS bagi membantu anak Sabah melanjutkan pelajaran terutama yang tinggal di luar bandar.

“Mereka bukan sahaja mendapat peluang melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan di negara ini, malah di luar negara,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa YS Bersama Masyarakat di Masjid At-Taqwa Taman Merpati dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah YS Datuk Sapawi Ahmad. Seramai 861 orang menerima sumbangan YS, dan 21 orang daripada Pusat Zakat Sabah pada majlis itu.

Musa berkata anak-anak Sabah yang menerima bantuan daripada YS menerusi pemberian biasiswa telah mendapat pekerjaan penting antaranya menjadi doktor, jurutera dan akauntan.

Katanya YS juga terus memberi keutamaan kepada pembangunan pendidikan di negeri ini, dengan terbaharu menubuhkan Universiti Kolej YS, selain Kolej Teknologi YS yang sedia ada.

Beliau berkata YS kini merupakan sebuah yayasan yang besar dan terkenal di negara ini, serta mempunyai aset yang banyak.

Katanya komitmen terhadap rakyat menerusi program sosio ekonomi masyarakat khususnya membabitkan keluarga kurang berkemampuan, terus diberi perhatian oleh yayasan berkenaan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan