Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera sasar lebih 6 ribu pelajar untuk ditaja

11:41pm 18/03/2016 Leolerry Lajius 188 views Pendidikan,Tempatan
Raja Azura (tengah) mengambil gambar bersama pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di Ascot Academy.-Gambar Oleh Alex Mairin

Raja Azura (tengah) mengambil gambar bersama pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di Ascot Academy.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Seramai 6555 orang pelajar baru disasarkan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) untuk mengikuti program yang bertaraf kemahiran dan professional yang akan ditaja oleh YPPB dengan memberikan bantuan biasiswa untuk mengikuti program yang ditawarkan.

Menurut Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Raja Azura Raja Mahayuddin, terdapat tiga program yang boleh diikuti oleh para pelajar yang akan ditaja oleh pihak YPPB iaitu program Peneraju Skill, Program Peneraju Tunas dan Program Peneraju Professional.

“Di bawah program Peneraju Tunas YPPB menawarkan bantuan biasiswa kepada pelajar untuk memasuki sekolah menengah dan yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Swasta.”

“Di bawah Peneraju Skill, sasaran adalah kepada individu yang tidak berminat dalam akademik dan melalui program ini mereka akan diberikan pendedahan mengenai kemahiran tertentu yang bagi membolehkan mereka memperolehi sijil serta kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan,”katanya ketika ditemui media sempena Majlis Penyampaian Sijil untuk program  Sijil Eksekutif Operasi Kaunter Hadapan bagi pelajar Ascot Academy di Grand Borneo, di sini, hari ini.

Raja Azura turut menyatakan di bawah program Peneraju Professional, pihak YPPB sedang mencari 1,000 orang pelajar untuk ditaja bagi mengikuti professional akauntan.

“Untuk taraf SPM sahaja pihak YPPB sedang mencari seramai 300 orang pelajar untuk memasuki program ini.”

“Program ini merupakan salah satu usaha untuk menambah bilangan akauntan bumiputera yang setakat ini cuma ada 8% dan kita menyasarkan jumlah ini meningkat kepada 30% pada tahun 2030,”katanya.

Tambah beliau, untuk tahun ini sahaja YPPB menyasarkan seramai 4,500 orang pelajar yang akan mengikuti program kemahiran dan seramai 1,000 orang untuk mengikuti professional akauntan.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis tersebut seramai 25 orang pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di Ascot Academy yang mengikuti pengajian selama enam bulan dan merupakan kumpulan ketiga yang ditaja oleh YPPB.

“Setakat ini 96% pelajar yang telah menamatkan pengajian telah mendapat pekerjaan dengan gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan yang diuruskan oleh pihak Ascot Academy sendiri,”katanya.

Ascot Academy yang merupakan sebuah institusi latihan kemahiran yang mengkhususkan program hospitaliti dan seni kulinari merupakan salah satu rakan program YPPB di negeri Sabah yang menjalankan program di bawah segmen Peneraju Skill Iltizam untuk sektor pelancongan.

Sehingga bulan September tahun lalu YPPB telah menaja lebih 500 orang pelajar di negeri ini daripada lebih 5,000 orang pelajar seluruh negara di bawah program peneraju skill.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Raja Azura menyampaikan sijil kepada Sharona Eka Micheal yang merupkan  pelajar terbaik program Sijil Eksekutif Operasi Kaunter Hadapan pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Raja Azura menyampaikan sijil kepada Sharona Eka Micheal yang merupkan pelajar terbaik program Sijil Eksekutif Operasi Kaunter Hadapan pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan