Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,738

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yayasan Pelajaran Johor johan keseluruhan PESAYA ke- 12

JOHAN... Wakil Yayasan Pelajaran Johor menunjukkan trofi kemenangan sambil disaksikan Masidi (tiga dari kiri) dan Sapawi (dua dari kiri)

JOHAN… Wakil Yayasan Pelajaran Johor menunjukkan trofi kemenangan sambil disaksikan Masidi (tiga dari kiri) dan Sapawi (dua dari kiri)

KOTA KINABALU- Yayasan Pelajaran Johor berjaya mendapat johan dalam Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se- Malaysia (PESAYA) Kali Ke-12 yang telah berlansung baru- baru ini.

Selain itu, yayasan tersebut turut memenangi beberapa acara yang dipertandingkan. Diantaranya, acara Badminton, Bola Tampar kategori lelaki, Bola Jaring, Petanque, dan PingPong.

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata sukan dapat memupuk kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi dalam sesebuah organisasi disamping menjadi platform untuk melahirkan warga yang sihat, cergas dan produktif.

” Saya mengucap syabas kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana menyediakan kemudahan yang lengkap melalui kompleks sukannya sendiri iaitu Kompleks Sukan Tun Adnan yang menjadi gelanggang utama sukan PESAYA pada kali ini.

” Dengan ada kemudahan sukan yang lengkap ini, ia menyediakan suasana yang kondusif untuk orang ramai beriadah, meningkatkan kesihatan dan kecergasan melalui aktiviti- aktiviti sukan dan riadah,” katanya.

Musa berkata demikian sempena Majlis Penutupan PESAYA Kali Ke-12, dekat sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Tambahnya, Sabah merupakan antara negeri yang mempunyak kemudahan dan prasarana sukan yang terbaik di Malaysia.

” Kita mempunyai kemudahan- kemudahan sukan yang bukan sahaja digunakan oleh masyarakat awam untuk bersukan dan beriadah tetapi juga menjadi tuan rumah acara- acara kebangsaan di samping sebagai tempat latihan atlet berprestij,” katanya.

Dalam masa sama, Musa turut menyeru kepada masyarakat setempat agar menyemarakkan semangat dan budaya bersukan dalam diri masing- masing.

” Bersukan tidak seharusnya dipandang sebagai sesuatu yang membebankan, tetapi ia adalah satu medium untuk kita kekal cergas dan aktif.

” Oleh itu, marilah kita bersama- sama menjadikan sukan dan riadah sebagai rutin dan amalan seharian bagi mengekalkan kesihatan diri sekaligus menyumbangkan kepada kecemerlangan organisasi,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Haji Ahmad. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan