Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yayasan 1 Malaysia berharap, tidak akan ada pemotongan bajet berkenaan aspek keselamatan

11:12am 14/01/2016 Leolerry Lajius 49 views Politik,Tempatan
Tan Sri Lee Lam Thye. Gambar Oleh Alex Mairin

Tan Sri Lee Lam Thye. Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Yayasan 1 Malaysia berharap agar  tidak akan ada pemotongan bajet berkenaan aspek keselamatan dalam pembentangan semula bajet di masa akan datang.

Menurut Pemegang Amanah 1 Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye, soal keselamatan merupakan elemen yang penting dalam negara khususnya bagi negeri Sabah terutamanya di kawasan pantai timur.

“Saya berharap agar kerajaan akan lebih memberikan fokus kepada soal keselamatan yang meliputi pelbagai aspek dan sebagai contohnya keselamatan di jalan raya yang mana setiap tahun seramai enam hingga tujuh ribu kes kematian dalam kejadian kemalangan jalan raya,” katanya ketika sidang media di Sutera Harbour City Sembulan kelmarin.

Beliau turut berharap agar pucuk pimpinan negara akan mewujudkan satu pentadbiran yang cekap, lebih berintegriti dan berkesan untuk memberi khidmat kepada masyarakat serta menjadi tunggak kepada hubungan perpaduan yang lebih erat.

“Saya berharap agar pada tahun ini isu-isu sensitif tidak akan terus menjadi topik yang boleh meruntuhkan tiang perpaduan di negara kita dan berharap agar rakyat akan sedar tentang kepentingan perdamaian dan keharmonian kaum di negara ini,”katanya.

Beliau juga menyeru agar pihak kerajaan akan memberikan perhatian yang lebih kepada kesejahteraan psikologi masyarakat dengan mengadakan lebih banyak program untuk kesihatan mental kerana masalah mental merupakan antara punca berlakunya penderaan, pergaduhan dan juga kejadian bunuh diri. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan