Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

YAPEIM jalin kerjasama dengan agensi kerajaan

Kota Kinabalu: Pusat Pentadbiran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Sabah akan terus menjalinkan kerjasama dengan agensibkerajaan bagi menangani masalah masyarakat secara realistik, bersepadu, strategik dan professional.

Pengurusnya, Murzianah Arif yang ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Sabah, Swady Guliling menjelaskan, kunjungan berkenaan adalah salah satu usaha menjalinkan kerjasama.

“Banyak peluang dan ruang yang dapat kita manfaatkan melalui program-program anjuran Japen Sabah sebagai satu usaha mempromosikan YaPEIM di negeri ini,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga berkolaborasi dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah melalui program Bengkel Inspirasi Guru.

“Buat julung kalinya, YaPEIM Sabah akan mengadakan Bengkel Inspirasi Guru kepada lebih 200 guru dari sekolah rendah dan sekolah menengah.

“Sebelum ini, kita telah mengadakan bengkel kepada murid-murid tetapi tidak secara menyeluruh. Jadi, kita merancang untuk melibatkan guru-guru dari semua daerah pada tahun ini.

“Apabila selesai bengkel itu nanti, guru-guru akan balik ke sekolah masing-masing dan mereka yang akan mengajar dengan teknik pengajaran tersebut,” ujarnya.

Murzianah menambah, YaPEIM Sabah sedang mengadakan Program Celik Al Quran dengan kerjasama Institut Pengajian Al Quran dan Akedemi Pengajian Al Quran Semporna.

“Program Celik Al Quran ini merupakan pilot project bagi seluruh Malaysia dan kita bermula dari Semporna. Sekiranya program ini berjaya, kita akan perluaskannya di daerah-daerah” jelasnya.

Hadir sama pada kunjungan tersebut adalah Timbalan Pengarah JaPEN Sabah, Supian Musa dan Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Patrick Laing Ngau, pada Selasa./PENERANGAN-

Murzianah (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Swady (tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh Patrick (kiri) dan Supian (dua dari kiri) serta wakil-wakil YaPEIM.

Komen


Berita Berkaitan