Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yang pukul isteri itu bukan Awie

awie2

DEK kerana pernah terlibat dengan pergaduhan, gengsterism dan penyalahgunaan dadah, cerita silam itu nyata memberi kesan terhadap dirinya pada hari ini.

Kecewa dengan pelbagai tuduhan negatif sehingga mencalarkan namanya sejak menjadi penyanyi kira-kira 28 tahun lalu, Awie mengakui itu antara dilema setiap kali namanya dikaitkan dengan cerita kontroversi.

Sehinggakan apabila ada kisah yang membabitkan kejadian rockers memukul isteri di sebuah bank di ibu negara baru-baru ini, namanya terus dikaitkan.

Biar tidak menafikan mahupun mengiyakan kejadian itu, bagi lelaki berusia 46 tahun ini, itu merupakan satu tuduhan yang melampau.

Kerana baginya dia tidak akan melakukan tindakan yang boleh mendatang mudarat terhadap orang tersayang.

Dalam kes-kes yang membabitkan nama saya sebelum ini, jelas saya tidak diberi peluang untuk menjernihkan keadaan malah terus-terusan dituduh yang macam-macam.

Masyarakat hanya nampak semua kesilapan saya sedangkan mereka tidak tahu tentang cerita sebenar,” tegas Awie yang enggan bercerita panjang lebar perkara yang membabitkan soal rumahtangganya itu.

Mengulas lanjut tentang dakwaan memukul isterinya, Rozana Misbun itu Awie berkata, perkara membabitkan keluarga tidak perlu dikongsi bersama khalayak.

Saya hanya akan bercerita jika ada bukti yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang menyabitkan nama saya terhadap dakwaan tersebut.

Komen


Berita Berkaitan