Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

“Yang penting kepada kita adalah pengisian kemerdekaan”- Mohd Shafie

PENAMPANG: “Yang penting kepada kita adalah pengisian kemerdekaan dan bukan mengisi dengan pertelingkahan tentang tarikh.”

Demikian ditegaskan, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika ditanya berhubung tindakan sesetengah pihak di negeri ini yang mempersoalkan tentang tarikh kemerdekaan Sabah.

Katanya, tindakan sesetengah pihak di negeri ini yang hanya  tahu ‘membuat bising’ mempersoalkan tarikh kemerdekaan Sabah, tidak perlu dilayan kerana isu yang lebih penting adalah pengisian program sepanjang bulan kebangsaan ini.

“Mereka ini hanya tahu membuat bising sahaja kerana  yang penting kepada kita adalah pengisian kemerdekaan itu dan bukan mengisi dengan pertelingkahan tentang tarikh.”

“Kita juga perlu memikirkan soal  bagaimana rakyat perlu ada kerja, perlu ada makan, dan perlu ada rumah, mereka, apa yang mereka telah buat, apa yang mereka telah lakukan ke arah ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Peringkat Negeri Sabah di Perkarangan Wisma Majlis Daerah Penampang, hari ini.

Tambah beliau, sempena dengan bulan kebangsaan ini usaha ke arah menerapkan semangat cintakan negara perlu dilakukan dengan lebih giat agar rakyat terutama sekali generasi muda akan lebih menghargai erti sebenar kemerdekaan.

“Kita perlu bekerjasama dalam memupuk semangat kemerdekaan dan setiap program yang kita laksanakan juga perlu melibatkan semua pihak termasuklah penduduk pedalaman.”

“Sebagai sebuah negeri yang mempunyai masyarakat yang majmuk, kita tidak perlu memandang perbezaan itu sebagai penghalang untuk kita terus bersatu dan sentiasa bekerjasama dalam terus memelihara kemerdekaan yang telah kita kecapi,”katanya./SayangSabah

Mohd Shafie meletakkan bendera Jalur Gemilang di salah sebuah kenderaan sempena majlis berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan