Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yana nafi akan tamat zaman bujang dengan teman akrabnya

yana

KUALA LUMPUR: Yana Samsudin menafikan desas desus yang beliau akan menamatkan zaman solo dengan teman akrabnya, Fadzil Zahari sekitar hujung tahun ini di Kedah.

Fadzil yang juga pelakon serta penulis skrip merupakan adik kepada aktor Farid Kamil dikenali Yana sejak lima tahun lalu.

Gosip cinta membabitkan mereka pernah bertebaran sebelum ini namun di nafikan kedua-duanya.

“Cerita itu memang tak benar. Kalau ada apa apa memang saya akan beritahu. Mendirikan rumah tangga ini perkara baik bukan.

“Tapi cerita yang disampaikan itu memang tak benar. Memang tak ada majlis seperti yang diperkatakan. Tiada siapa yang datang melamar saya secara serius apatah lagi wujud tarikh nak kahwin,” katanya.

Mengenai Fadzil, Yana mengakui cukup selesa dan beliau antara teman rapatnya.

“Beliau sahabat yang baik dan saya selesa bergaul dengannya,” katanya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Yana kini dilantik menjadi duta Super Coffee di samping Izzue Islam untuk tempoh tiga tahun.

“Filem Adnan Sempit Sawadikap saya sudah ditayangkan sejak 7 Ogos lalu. Saya juga sedang mempromosikan lagu Cinta Tak Pergi dengan Tomok. Lagu berkenaan akan kami nyanyikan pada Anugerah Melodi Galaksi Rap pada 14 Ogos ini.

Komen


Berita Berkaitan