Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yakub Khan calon yang disenangi rakyat- Saidon

Ketua Penerangan Umno Sepanggar, Datuk Saidon Kadis.

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan gabungan muka baru dan muka lama bagi memastikan calon-calon yang bertanding terus meraih undi rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ketua Penerangan Umno Sepanggar, Datuk Saidon Kadis berkata calon-calon yang diletakkan haruslah daripada kalangan yang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat agar BN mampu mengekalkan kemenangan dengan meraih undi majoriti.

“Antara yang pasti menjadi tumpuan ialah kawasan Parlimen Sepanggar meliputi DUN Karambunai dan DUN Inanam yang kini memperlihatkan kewibawaan beberapa pemimpin yang boleh diketengahkan.

“Daripada kalangan pemimpin itu sudah pasti ada dua atau lebih yang benar-benar mendapat sokongan padu dan sesuai dicalonkan untuk bertanding pada PRU14,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Saidon, salah seorang pemimpin yang kini sedang disebut-sebut dan wajar diberikan peluang adalah Pemangku Ketua Bahagian Umno Sepanggar, Datuk Haji Yakub Khan.

“Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam arena politik tempatan sejak di peringkat kepimpinan pergerakan pemuda lagi sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua (kini sebagai Pemangku Ketua) Bahagian Umno Sepanggar,” jelasnya.

Tambahnya, karisma Yakub Khan selaku pemimpin disenangi rakyat turut mendapat pengiktirafan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak ketika berkunjung ke pejabat Umno Sepanggar pada 02 Mac lalu sekali gus melantik beliau sebagai Pengerusi BN Sepanggar berkuatkuasa serta merta.

“Justeru, sekiranya Yakub diberi peluang untuk menjadi calon sekurang-kurangnya di peringkat DUN, sudah tentu ia akan memberi impak yang besar kepada kepada Umno dan BN pada PRU14,” katanya./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan