Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yakin Kesungguhan TMJ Bentuk Pasukan Bola Sepak Negara – Tawfiq

MENTERI Belia dan Sukan Sabah merangkap Timbalan Presiden 1 SAFA, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. – Foto Malai Rosmah Tuah/BH Online

 

TAWAU, 26 Mac : Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yakin dengan kesungguhan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membentuk skuad bola sepak negara yang digeruni lawan.

Menurutnya, Tunku Ismail yang baharu menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu diberi ruang untuk membuktikan kebolehan memajukan bola sepak negara.

“Saya yakin TMJ akan menggunakan kaedah seperti membangun pasukan JDT (Johor Darul Ta’zim) dan kita di Sabah memberi sokongan padu kerana seorang anak Sabah juga terpilih sebagai naib presiden iaitu Mohd Joehari Ayob,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menutup program Gerak IKD SDC 2017 Tawau-Meneroka Potensi Keusahawanan Desa di sini hari ini.

Tawfiq yang juga Timbalan Presiden l Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan TMJ sebagai Presiden FAM yang baharu.

Mengenai program itu, Tawfiq berkata usahawan perlu mengambil ruang dan peluang bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

“Pelbagai maklumat khususnya tempat mendapatkan bantuan boleh diperoleh, jadi usahawan perlu merebut peluang yang ada dan tidak sesekali berputus asa sebaliknya terus berusaha,” katanya lagi.

Tawfiq yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas dalam pada itu berkata program berkenaan juga memberi banyak manfaat untuk membantu usahawan.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan