Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yahya:Ibu bapa perlu menitikberatkan soal pembelajaran anak- anak secara berterusan

6:49pm 24/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 19 views Pendidikan,Tempatan
Yahya (tengah) bersama barisan guru SMK Tansau dan dif-dif jemputan serta pelajar cemerlang 2015 SMK Tansau.

Yahya (tengah) bersama barisan guru SMK Tansau dan dif-dif jemputan serta penerima anugerah 2015 SMK Tansau.

PUTATAN- Ibu bapa diseru agar menitikberatkan soal pembelajaran anak- anak mereka secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Hj Yahya Hussin berkata kejayaan akademik tidak menjamin kesejahteraan dalam hidup ini tetapi pembangunan dan perkembangan yang tinggi dalam aspek keperibadian juga perlu diberi perhatian.

“Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau bermuhasabah, apakah memandai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru- guru dan pihak sekolah semata- mata.

“Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid- murid balik ke rumah,”katanya semasa merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Kecermelangan Pelajar kali ke-16 di SMK Tansau, disini, hari ini.

Selain itu, Yahya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas itu turut menyumbang sebanyak RM1000 sebagai insentif kepada pelajar cemerlang 2015, Shafika Yusup yang cemerlang dalam SPM, disamping peruntukan RM5000 untuk membantu pelajar cemerlang sekolah itu yang akan mengadakan lawatan sambil belajar ke luar negara.

Sementara itu, Pengetua Cemerlang SMK Tansau, Hajah Siti Salmiah Samaie berkata SMK Tansau mampu melahirkan pelajar yang cemerlang setanding sekolah lain di daerah Penampang.

“SMK Tansau berjaya mencatat peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 0.10 iaitu 5.23 pada tahun 2015 berbanding 5.33 pada tahun 2014.

“SMK Tansau juga mencipta sejarah apabila 15 mata pelajaran menunjukkan peningkatan yang ketara dan memperoleh pencapaian 100 peratus lulus,”katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Politik Yahya, Ewon Benedick, Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Petagas, Ali Hussin Sharin, Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG), Shariff Muhammad Sharif MaidiN. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Yahya menyampaikan wang berjumlah RM 1000.00 kepada adik Shafika (kedua dari kiri).

Yahya menyampaikan wang berjumlah RM 1000.00 kepada adik Shafika (kedua dari kiri).

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan