Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yahya: Usaha naiktaraf industri pertanian di Sabah diteruskan

4:25pm 21/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 36 views Mutakhir,Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Yahya melawat gerai usahawan IAT

Yahya melawat gerai usahawan IAT

PUTATAN- Pihak kementerian akan meneruskan usaha menaik taraf industri pertanian di Sabah disamping mengurangkan import dari luar negeri.

“Usaha tersebut termasuklah membantu para nelayan dalam meningkatkan pendapatan mereka, dan begitu juga para pengusaha binatang ternakan agar dapat mengurangkan daging ternakan import dari luar negeri”, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

“Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah bersyukur kerana peruntukan yang diterima melalui bajet 2016 untuk negeri Sabah yang dibentangkan semalam”, tambahan beliau.

Beliau berkata demikian kepada media semasa sidang akhbar sempena majlis pelancaran Karnival Industri Asas Tani (IAT) bersama pasar raya besar Giant, disini, pagi tadi.

Sektor Pertanian telah menerima peruntukan berjumlah RM469.50 juta dan merupakan penerima kedua terbesar selepas sektor infrastruktur dan kemudahan awam menerusi bajet 2016 yang dibentangkan semalam. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan