Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yahya terima kunjungan

IMG_0996 Mardi

KUNJUNGAN…Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Malaysia Agriculture Research and Development Institute) (MARDI)), Dato’ Dr.Sharif Haron di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah,Kota Kinabalu, hari ini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri telah diberi taklimat mengenai majlis sambutan 20 Tahun MARDI Negeri Sabah pada bulan Oktober 2015.

Sempena sambutan itu, beberapa acara turut diadakan yang melibatkan para usahawan dan orang awam di Sabah seperti Hari Bersama Pelanggan MARDI Sabah, Pameran Teknologi, Demonstrasi Teknologi Pemprosesan, Demonstrasi Teknologi Makmal, Klinik Usahawan, Biz-talk Agropreneur Muda dan lain-lain. Dr.Sharif diiringi oleh Pengarah MARDI Negeri, Haji Sadi Sujang.

Kelihatan, Yahya (tengah) menerima cenderamata dari Sharif (kanan) selepas kunjungan itu.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan